10 Fakta Yang Korang Perlu Tahu Tentang Wolverine



Wolverine sememangnya antara karakter mutant yang menjadi kegemaran ramai. Dengan masa silamnya dan juga kebolehan yang hebat, dia antara watak anti hero kegemaran ramai. Di dalam filem-filem X-Men, watak Wolverine a.k.a Logan ini dimainkan oleh Hugh Jackman. Daripada filem X-men sehinggalah filemnya sendiri, watak ini tidak pernah mengecewakan.

Berikut ialah 10 fakta berkenaan watak ini yang mungkin anda tahu, dan adanya yang tak tahu.



1. Wolverine muncul pertama kalinya dalam komik The Incredible Hulk

Walaupun Wolverine dikenali dalam siri komik X-Men hari ini, Wolverine sebenarnya membuat kemunculan pertamakalinya pada tahun 1974 dalam komik The Incredible Hulk sebagai watak jahat. Alkisahnya ialah apabila Hulk menyeberang sempadan Kanada, Angkatan Tentera Udara Diraja Kanada memilh untuk mengeluarkan Weapon X yang disimpan untuk menghapuskan Hulk. Ketik Hulk berada di Quebec, dia berjumpa dengan Wendigo sekaligus mencetuskan pertempuran epik sehinggalah seterusnya Wolverine muncul.

Pertempuran paling hebat antara Hulk dan Wolverine berlaku dalam komik The Incredible Hulk #181. Sepanjang komik itu dikeluarkan, dua watak ini sering bertemu dan dalam tahun 2005, komik Ultimate Wolverine vs Hulk memaparkan nasib malang Wolverine apabila badannya terputus akibat direntap oleh Hulk. Tapi, Wolverine tidak mati!

2. Hero Kanada pertama dan terhebat

Ketika Wolverine dicipta, industri komik baru hendak bermula di Kanada. Marvel mahu memasuki pasaran Kanada dengan mencipta hero Kanada. Pengurus besar Marvel ketika itu, Roy Thomas menemui Len Wein dan memberi idea untuk memasukkan seorang superhero Kanada dalam The Incredible Hulk. Dua nama diberikan iaitu The Badger dan The Wolverine. Akhirnya, nama Wolverine dipilih.

Pada awalnya, Wolverine mengenakan topeng yang sedikit kecil. Namun, topeng Wolverine dibesarkan sedikit apabila watak itu dimasukkan dalam pasukan X-Men dalam Giant-Size X-Men #1 dimana segala masalah kontinuiti untuk watak ini dibetulkan semula.

3. Nama asal Wolverine ialah James Howlett

Pada awalnya, asal-usul watak Wolverine tidaklah diberitahu ketika kemunculan pertama. Watak ini mengalami perubahan demi perubahan dari segi karakter dan juga latar belakangnya. Pada kemunculannya, pencipta Wolverine hanya menyatakan bahawa cakar yang dimiliki watak itu hanyalah dilekatkan di sarung tangan yang dikenakan dan kebolehan mutannya hanyalah kebolehan menyembuhkan diri.

Tahun demi tahun, cakar Wolverine diceritakan sebagai sebahagian daripada badan Wolverine. Kisah hidup Wolverine muncul dalam komik Origins, sebuah siri komik enam siri yang ditulis oleh Paul Jenkins yang kemudiannya dipelbagaikan. Dalam komik itu, Wolverine asalnya dilahirkan sebagai James Howlett dan merupakan seorang kanak-kanak yang mengetahuikuasanya selepas seorang lelaki bernama Logan membunuh seorang lelaki yang mana disangka James sebagai ayahnya. James Howlett lalu mendapat tahu bahawa ayahnya selama ini bukanlah ayahnya dan Logan ialah ayahnya yang sebenar.

James Howlett mengambil nama Logan selepas dia membuat amukan yang membuatkan dirinya tidak terkawal selepas itu.



4. Dia bukan sahaja menyertai X-Men

Walaupun digambarkan sebagai seorang yang suka bersendirian, Wolverine memang sinonim dengan X-Men. Dia pertamakali direkrut ke dalam X-Men pada tahun 1975, setahun selepas penampilannya dalam The Incredible Hulk #180. Semenjak daripada itu, dia tampil dalam lebih kurang 13 pasukan Marvel yang berbeza.

Wolverine pernah menyertai Avengers, S.H.I.E.L.D dan Fantastic Four. Dia juga ahli Alpha Flight, satu pasukan superhero Kanada. Malah, dia juga pengasas Hard 7 dan The Jean Grey Academy. Ada juga satu masa dimana dia telah diprogramkan semula oleh Hydra. Sebagai operatif Hydra, dia membunuh beberapa hero sebelum S.H.I.E.L.D berjaya memprogramkan dirinya kembali kepada asal.

5. Dia memang lakukan semuanya dengan terbaik

Ayat ikonik Wolverine ialah "I’m the best there is at what I do, but what I do best isn’t very nice”. Ianya telah dimulakan dalam siri Wolverine pada tahun 1982. Siri komik tersebut ditulis oleh Chris Claremont dan Frank Miller adalah antara siri komik yang memberi pengaruh besar kepada perkembangan watak itu di masa hadapan.

6. Wolverine ialah seorang ayah

Dalam komik Wolverine: Origins, selepas Logan mendapat memorinya yang hilang, dia mendapat tahu dia ada anak yang bernama Daken hasil persetubuhan dengan Itsu ketika di Jepun. Daken mempunyai kebolehan yang sama dengan Logan. Namun, Daken kemudiannya ditukarkan menjadi senjata oleh Romulus dan melawan ayahnya kembali.

Logan juga mempunyai klon perempuan yang dinamakan X-23. Dia ialah produk Weapon X dan diklon daripada sampel DNA Wolverine yang rosak. Dia dilatih untuk membunuh Wolverine pada asalnya tetapi menyertai X-Force dan berlawan bersama Wolverine untuk menentang kejahatan.



7. Kelemahan Wolverine

Ada kisah yang menyatakan Wolverine hilang kuasa penyembuhan disebabkan oleh virus daripada Microverse yang mana membolehkan Logan dibunuh buat pertamakalinya. Tapi, sebelum itu, kuasa penyembuhan Wolverine membuatkan dia kebal terhadap Hulk. Dia juga berjaya terselamat daripada letupan atom, dilenyek steamroller dan pelbagai lagi.

Wolverine sebenarnya boleh dibunuh dengan melemaskannya di dalam air. Teori ini disokong apabila di dalam Uncanny X-Force #34, Wolverine telah melemaskan anaknya sendiri, Daken yang mempunyai kebolehan yang sama dengannya. Professor X juga pernah mencadangkan bahawa Wolverine boleh dibunuh dengan memisahkan kepala dan badannya. 

8. Wolverine versi komik berbeza dengan versi Hugh Jackman

Jika anda melihat Wolverine, pastinya Hugh Jackman bakal terbayang di minda. Tetapi, apa yang digambarkan oleh Hugh Jackman sebenarnya berbeza dengan Wolverine versi komik yang sepatutnya lebih pendek. Wolverine hanya berketinggian 5'3" sekaligus menjadikan ianya superhero paling pendek milik Marvel. Sebelum logam Adamantium dimasukkan ke badannya, beratnya hanyalah 195 pounds. Selepas adamantium dimasukkan pula, berat Wolverine menjadi 300 pounds dan berketinggian yang sama.

Ketika penggambaran, pelbagai sudut diambil bagi menampakkan aktor yang berketinggian 6'2" itu kelihatan lebih rendah. Tapi, tahukah anda, Hugh Jackman bukanlah antara pilihan pertama untuk memegang watak Wolverine?

Ya, watak itu pernah ditawarkan Bryan Singer kepada Russell Crowe yang mana menolaknya. Dougray Scott kemudiannya dipilih tetapi masalah jadual menyebabkannya Hugh Jackman dimasukkan sebagai pilihan terakhir. Pelakon Bob Hoskins juga pernah menjadi calon pilihan James Cameron yang mahu menghasilkan filem Wolverine tetapi tidak pernah memulakan projek tersebut.

9. Mempunyai kepakaran dalam pelbagai bahasa

Wolverine dilahirkan pada abad ke 19, dan sememangnya dia hidup lama. Bukan sahaja dia terlatih dalam seni bela diri dan juga taktik tentera kerana bertempur dalam Perang Dunia, dia juga mengembara ke seluruh dunia dan mempelajari pelbagai budaya dan juga setiap seni bela diri di dunia. 

Selain itu, Wolverine mahir dalam bahasa Inggeris, Rusia, Chinese, Cheyenne, Lakota dan Spanish. Dia juga tahu bahasa Thai dan Vietnam dan mahir dalam mengendalikan sistem komputer.

10. Wolverine pernah tewas dengan Spock!

Pada tahun 1996, Marvel memilih untuk mencetak komik crossover Star Trek dan X-Men. Apabila Spock menjumpai adanya mutant dalam kapal angkasanya yang menyamar, dia terus memerintahkan untuk bertemu Pegawai Keselamatan. Namun, belum sempat apa-apa, Wolverine mengamuk dan menyerang Spock. Namun, Spock menggunakan senjata Vulcannya lalu mengalahkan Wolverine.


------------------------------------------------------

Nah, sekarang anda lebih tahu berkenaan Wolverine. Ada lagi fakta yang mahu kongsikan? Jangan lupa komen ok!

Catat Ulasan

0 Ulasan