TRENDING
SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK
- Get link
- Other Apps
Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Seth Larney/ Nasir Jani
Pelakon | Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein
Hebat! Terbaik! Itu sahaja kata-kata yang mampu aku katakan ketika filem ini selesai ditonton. Tangan tak berhenti menepuk bangga adanya filem sebegini di Malaysia!
Tahniah team produksi Tombiruo!
Tombiruo: Penunggu Rimba kini sudah menjengah pawagam. Filem yang diadaptasi daripada novel karya Ramlee Awang Murshid ini nampaknya sudah menjadi satu fenomena baru dalam industri filem tempatan. Dari rangka promosinya yang memang gempak, aku pasti bahawa penonton berjaya ditarik ke pawagam.
Kisah Tombiruo: Penunggu Rimba berkisar mengenali konflik keluarga Tan Sri Berham (M Nasir) sehingga menyebabkan kematian Salina, isteri kepada Amiruddin. Dan dari situ, bermulalah konflik jiwa Amirudin yang ingin memburu Tombiruo yang dikatakan telah menjadi penyebab kematian ayahnya dan juga isterinya.
Plotnya boleh disifatkan sebagai segar. Penceritaan filem ini mudah dan tidak berbelit-belit. Ianya boleh dinikmati sesiapa dan tidaklah berat. Twist yang menarik di hujungnya memberikan ruang untuk kau terus menghadam setiap babak yang muncul tanpa kau terasa bosan.
Filem ini ialah sebuah filem adiwira yang memang tidak pernah ada di Malaysia. Apa yang kau bakal lihat dalam filem ini ialah sebuah filem yang mempunyai plot yang mudah tetapi dipersembahkan dengan gaya yang sangat memenuhi citarasa penonton yang mahukan filem yang dipenuhi dengan visual memukau. Filem ini mempunyai visual yang sangat cantik. Gambaran hutannya ditambah dengan kesan khas yang minimal menjadikan ruang suasana hutan nampak memukau sekali.
Selain itu, lakonan Zul Ariffin yang menjadi Tombiruo tidak mengecewakan. Pelakon itu menghadapi cabaran besar apabila emosinya tidak mampu dizahirkan melalui wajahnya. Namun, Zul Ariffin membuktikan bahawa dia mampu untuk memberi emosi dan segala rasa dalam watak Ejim walaupun dengan topeng yang menutupi mukanya.
Paling penting sekali, filem ini mempunyai babak-babak cemas yang memang terbaik dan setaraf dengan filem luar negara. Permainan slow-motion yang dibina kadangkala melemaskan apabila insiden yang berlaku dalam tempoh sesaat dipanjangkan untuk memberi cemas kepada penonton. Dan aku tabik springlah pada visual Wong tembak tong tu. Adegan Tombiruo menyelamatkan Wan Suraya tu, tak ubah seperti menonton filem Hollywood, 300.
Aku juga teringatkan filem Hardcore Henry dalam satu babak Tombiruo bertarung dan kita sebagai penonton menonton dari dalam matanya. Memang Seth Larney mempunyai visi dan juga imaginasi yang tinggi berbekalkan daripada apa yang dia sudah pelajari daripada filem-filem Hollywood yang dia pernah bekerjasama dahulu.
Lakonan pelakon-pelakon dalam filem ini memang terbaik. Nabila Huda nampaknya ‘out of the box’. Faizal Hussein menunjukkan taringnya walaupun dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan M Nasir. Farid Kamil pada tahap tertinggi lakonannya. Pelat Kedahnya tu dah sedikit hilang. Zul Ariffin, terbaik! Watak Wong memang kejam.
CGI dalam filem ini memang digarap dengan kemas. Cuma adegan rumah atas pokok sahaja kelihatan agak janggal dan kelihatan perlu improvement lagi dalam filem akan datang. Memang terpegun juga dengan adegan peluru perlahan dan juga kilat tu. Aku tak dapat bayangkan jika filem ini diterbitkan dalam versi 3D. Memang lagi ohsem kot!
Tidak banyak kekurangan dalam filem ini yang dilihat. Ianya berjaya ditutup dengan pelbagai perkara yang membuatkan aku rasakan bahawa filem ini sudah cukup sempurna untuk filem Malaysia. Aku secara jujurnya agak kurang gemar dengan solekan watak Monsiroi yang kelihatan agak melebih-lebih. Tetapi, lakonan Farah Ahmad nampaknya menutup kelemahan itu dengan jayanya.
Lakonan extra pada awal scene M Nasir kelihatan agak kaku dan tidak jelas. Tetapi, ianya boleh dimaafkan. Selain itu, ada sesetengah babak yang mempunyai suntingan yang terlalu pantas sehinggakan penonton gagal menikmati pergerakan karakter. Namun, kelemahan ini tidaklah mencacatkan keseluruhan filem.
Lakonan extra pada awal scene M Nasir kelihatan agak kaku dan tidak jelas. Tetapi, ianya boleh dimaafkan. Selain itu, ada sesetengah babak yang mempunyai suntingan yang terlalu pantas sehinggakan penonton gagal menikmati pergerakan karakter. Namun, kelemahan ini tidaklah mencacatkan keseluruhan filem.
Lakonlayar filem ini bijak mengadaptasi apa yang perlu untuk dimasukkan dalam filem dari naskah asalnya. Apa yang bakal anda lihat dalam Tombiruo ialah sesuatu yang boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja yang pernah membaca atau tidak pernah membaca naskah tulisan Ramlee Awang Murshid itu. Malah, aku pasti, menonton Tombiruo bakal buatkan kau teruja nak mencari naskah itu di kedai buku kelak.
Tombiruo: Penunggu Rimba ialah penanda aras baru industri filem tempatan. Nampaknya, pengarah filem Malaysia perlu berusaha lebih untuk mencapai apa yang sudah dicapai oleh Tombiruo. Malaysia, nampaknya apa yang selama ini ditunggu-tunggu, sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa sudah mula hadir di pawagam-pawagam berdekatan anda. Jadi, sokonglah filem Tombiruo: Penunggu Rimba!
Tahniah Seth Larney dan juga Nasir Jani. Kami berharap akan ada lebih banyak filem berkualiti sebegini di masa hadapan.
Tahniah Seth Larney dan juga Nasir Jani. Kami berharap akan ada lebih banyak filem berkualiti sebegini di masa hadapan.
4.9/5
Menarik!
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]
Kita sering mendengar bahawa filem luar seringkali diban kerana unsur-unsur melampau dari pelbagai aspek yang tidak dibolehkan di tayang di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa banyak juga filem Malaysia yang panas dan mempunyai adegan berahi yang ditayangkan di Malaysia? Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Mungkin adegan itu tidaklah sehebat Hollywood. Tetapi, ianya masih menggambarkan bahawa Malaysia juga mahu jadi seperti mereka. Kami sajikan 5 filem yang mempunyai adegan 'panas' yang korang mungkin tak tahu. 1. Spinning Gasing (2001) Filem arahan pengarah Teck Tan ini menampilkan pelakon berbakat Malaysia seperti Allahyarham Hani Mohsin, Ellie Suriati Omar, Rosyam Nor dan Jalaludin Hassan. Filem yang menelan belanja RM2.4 juta ini gagal menyerlah di Malaysia dan hanya memperoleh kutipan sebanyak RM484,450.04 sahaja. Versi asal filem ini diharamkan tayangannya di Malaysia. Namun, pengharaman it
Ulasan Ringkas Setiap Episod Siri 'KL Gangster: Underworld' [SPOILER ALERT]
KL Gangster: Underworld kini sudah boleh ditonton di laman penstriman iFlix. Tak perlu bayar ok! Hanya perlud download aplikasi iFlix dan kemudian daftar dengan menggunakan Facebook anda, korang boleh terus layan siri enam episod ini dengan tenang. Pilihan sarikata Bahasa Melayu disediakan dan kualiti visual ialah dalam High Definition. Kami sudah menonton enam episod KL Gangster: Underworld. Boleh kami katakan yang kerancakan siri ini bermula pada episod 3 dan seterusnya. Pada kami, KL Gangster: Underworld membuka ruang baru untuk francais KL Gangster berkembang, kali ini dengan dunia baru, dan kisah baru. Berikut ialah ulasan kami secara ringkas. Ambil tahu bahawa post ini mengandungi SPOILER! EPISOD 1: Masa Yang Sesuai Episod pertama KL Gangster: Underworld ini mengisahkan bagaimana Shah (Beto Kushairy) dari Geng Kampung Baru, dan Elina (Ezzaty Abdullah), mak ayam Geng Cheras yang bercinta dalam rahsia. Walaupun mereka berahsia, Ayah Zan (Hasnul Rahmat)
Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'
Dalam babak akhir filem Munafik 2, kita dapat lihat Ustaz Adam membaca doa yang dikenali sebagai Doa Bismillah 9. Ramai yang terlepas pandang kerana ayat ini jarang diamalkan. Ayat Doa Bismillah 9 ini sebenarnya sudah dinyanyikan oleh Mawi dalam lagu Al-Haq bersama gandingan vokal AC Mizal. Mari kita lihat doa berikut: Cara mangamalkannya adalah seperti berikut: 1. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada Nabi Muhammad SAW. (1 kali) 2. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada seluruh Rasul dan Malaikat Allah (1 kali) 3. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada wali-wali Allah, ulama dan seluruh kaum muslimin (1 kali) 4. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (1 kali atau lebih) 5. Kemudian disambung dengan membaca Hizib Al-Hafiz seperti berikut: Fadhilat ayat ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat, 1. Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT. 2. M
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]
Pengabdi Setan, remake filem 1980an yang mengisahkan keluarga yang diganggu makhluk halus selepas kematian ibu mereka nampaknya menerima pelbagai reaksi. Ada yang menyatakan bahawa ianya tidak menyeramkan dan ada yang memuji gaya garapan sutradara Joko Anwar. Paling memeningkan kepala semestinya ending filem ini yang dibikin agak ringkas. Kami akan huraikan penamat filem ini dan bagaimanakah adegan akhir filem ini membuka kepada kisah yang lebih besar. Ambil maklum bahawa penulisan selepas ini mempunyai SPOILER MAJOR yang mana boleh membuatkan korang sakit hati jika masih tidak menonton filem ini. Kami harap anda berhenti membaca jika masih belum menonton filem ini. HURAIAN BABAK KEMUNCAK PENGABDI SETAN Selepas diganggu dengan pelbagai cara, Bapak dan anak-anaknya yakni Rini, Tony, Bondi dan Ian sudah bersedia untuk berpindah. Hendak dijadikan cerita, kenderaan yang mahu membawa mereka keluar daripada rumah tersebut tidak kunjung tiba. Sang Ustad, yang mana kehilan
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]
Disebabkan artikel sebelum ini mendapat sambutan yang hangat, admin dengan ini dengan pantasnya membawakan kesinambungan kepada artikel yang memaparkan filem-filem Malaysia yang sememangnya berani mati sehingga mengabaikan aspek yang dianggap taboo oleh masyarakat Malaysia. Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Nah, kami sajikan 5 lagi filem yang sememangnya panas membara: 1. Abuya: Part 2 (2011) Jangan pelik, filem ini tidak ada Part 1. Entah kenapa ianya dinamakan Part 2 tidaklah diketahui. Filem ini gagal menyerlah di pawagam walaupun ianya meletakkan aura Faizal Hussein sebagai teraju utama. Malah, faktor keseksian Jue Aziz, Andrea Abdullah dan beberapa pelakon lain yang memegang peranan sebagai isteri-isteri Abuya gagal menambat peminat. Antara babak panas yang ditayangkan dalam filem ini termasuklah adegan isteri Abuya sedang terbaring bernafsu dan juga adegan nasi kangkang. Beberapa adegan yang mun
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]
Misteri Dilaila merupakan sebuah lagi karya Syafiq Yusof yang cuba untuk mencari sisi baru dalam dunia perfileman filem tempatan. Melalui Misteri Dilaila, Syafiq Yusof sebenarnya bukan sahaja menampilkan nafas baru filem seram thriller, tetapi cuna untuk mengejutkan penonton dari tidur dengan gimik promosinya. Ketahuilah bahawa filem Misteri Dilaila mempunyai dua versi. Versi 1 dan Versi 2 mempunyai kekuatan yang berbeza. Sebelum bacaan diteruskan, ambil maklum bahawa huraian ini mempunyai SPOILER MAJOR! Tidak digalakkan untuk teruskan bacaan jika korang masih belum tonton. - - - - - - - - - Versi 1 - ringkasnya, Jefry ialah orang jahat. Versi 2 - ringkasnya, Azman ialah orang jahat. Admin hanya berkesempatan tonton versi 2! So, berikut ialah ulasan berkenaan Misteri Dilaila Versi 2! HURAIAN ENDING FILEM ‘MISTERI DILAILA’ VERSI 2 Di dalam versi 2, kita dapat tahu bahawa Sasqia Dahuri sebenarnya ialah perempuan
Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]
Hantu Kak Limah, naskah baru dalam dunia filem Kampung Pisang kini sudah hangat ditayangkan di pawagam. Dengan kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama tayangan, filem Hantu Kak Limah mencatat fenomenanya yang tersendiri selepas filem pertama berkisar Kak Limah diterbitkan pada tahun 2010. Di setiap filem, pengarah filem Mamat Khalid sentiasa meletakkan lagu yang mengembalikan memori. Filem Hantu Kak Limah juga tidak lupa menyertakan pelbagai lagu menggamit kenangan yang membuka mata penonton masa kini untuk menghargai lagu-lagu lama. Kami akan huraikan isi tersurat dan tersirat di sebalik setiap lagu yang mengisi filem Hantu Kak Limah. Ambil maklum bahawa MAJOR SPOILER akan didedahkan selepas perenggan ini. Jangan baca jika anda masih belum menonton filem Hantu Kak Limah. - - - - - - - - - 1. Qurbani Qurbani - Anwar, Kishore Kumar, Aziz Nazan Tersurat Lagu ini disiulkan oleh Yeh dalam bilik air ketika dia ingin mandi sele
Ulasan Filem: Aadai (2019)
Tahun Terbit | 2019 Pengarah | Rathna Kumar Pelakon | Amala Paul, Vivek Prasanna, Ramya Subramaniam Aku rasakan filem ni ialah filem Tamil paling daring sekali untuk bercakap tentang topik ringkas. Macam filem Tamil lain, filem ni dibina berdasarkan satu isu atau mesej. Kemudian, dalam durasi filem, semuanya dikekalkan dengan misteri, dan kemudiannya di hujungnya adalah ceramah pasal isu yang nak diutarakan. Standardlah. Tapi, Aadai ni memang sangat berani dan luar biasa. Tak pernah lagi sepanjang aku menonton filem, adanya satu watak yang sepanjang filem berkeadaan telanjang. Ya, Aadai ni papar watak telanjang. Tapi, aku memang puji habis. Walaupun wataknya telanjang, kisahnya diceritakan dalam keadaan yang sangat unik dan kreatif. Jadi, walaupun kita melihat watak dalam keadaan tak pakai apa, filem ni masih bukan filem porno. Dibintangi oleh Amala Paul, filem arahan Rathna Kumar ini berkisah tentang seorang seorang wanita yang terperangkap di dalam sebuah bangun
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]
Munafik 2 kini menjadi sebuah fenomena selepas menjadi antara filem paling laju mengumpul lebih RM20 juta dalam masa hanya 5 hari. Munafik 2 ialah sekuel kepada filem Munafik yang diterbitkan pada tahun 2016. Filem ini dibintangi oleh Syamsul Yusof, Fizz Fairuz, Maya Karin, Asmawi Ani dan juga Nasir Bilal Khan. Artikel ini akan membincangkan inti di sebalik filem ini mengikut pemahaman penulis. Disebabkan filem ini mempunyai isu berkaitan agama, beberapa point yang akan dihuraikan hanyalah dibincangkan secara ringan dan bukannya dalam. Kami juga akan melihat bagaimana filem ini boleh membawa kepada sekuel seterusnya, Munafik 3. Ambil maklum bahawa post ini mengandungi SPOILER MAJOR. Korang tak digalakkan membaca artikel ini jika masih belum menonton filem ini. - - - - - - - - - - HURAIAN FILEM ‘MUNAFIK 2’ Ustaz Adam (Syamsul Yusof) masih dihantui kejadian di akhir filem Munafik. Dia selalu mendapat mimpi kematian Ma
Ulasan Filem: V (2020)
Tahun Terbit | 2020 Pengarah | Mohana Krishna Indraganti Pelakon | Nani, Sudheer Babu, Nivetha Thomas Filem Tamil, mahupun apa saja jenis filem dari pelbagai bahasa dari India, tidak akan nampak seri kalau tiada filem super cop. Genre super cop ni mungkin hanya ada di India sahaja, sebab di sana sahaja, polis digambarkan dengan imej yang begitu menakutkan. Malah, kadangkala, polis juga diberi kuasa sehingga mampu melawan gangster seorang diri. V ialah sebuah filem Telugu yang mempunyai konsep yang sama. Tapi, ianya lebih kepada kritikan sinis. What if kalau kau ialah super cop dan digilai ramai, tapi sebenarnya kau masih ada side kerjaya kau yang masih gagal nak kau selesaikan. Inilah V, sebuah filem bergenre supercop thriller yang mana sedikit unik di certain part, dan ada clichenya di sesetengah bahagian. Filem yang kini boleh dilayan di Amazon Prime ini ialah sebuah filem aksi thriller yang mempunyai gabungan rasa yang sedikit pelik. Selalunya, genre super cop akan deal dengan a
Comments
Post a Comment