Tarikh Penggambaraan Filem Wonder Woman 2 Kini Didedahkan

Filem terbaru terbitan Warner Bros, Wonder Woman 2 bakal menjalani proses penggambaraan bermula bulan Jun tahun 2018. Filem sambungan kepada Wonder Woman ini bakal menyaksikan Patty Jenkins sekali lagi bakalmengisi tanggungjawab sebagai pengarah filem.

Wonder Woman bakal mengambil latar masa tahun 80an sebagai latar masa filem ini. Filem pertama Wonder Woman mencatatkan kutipan yang memberangsangkan iaitu sebaga USD821 juta di seluruh dunia. Jadi tidak pelik filem yang membariskan Gal Gadot ini bakal ada sambungannya.

Wonder Woman dijangka bakal menemui penonton di pawagam Disember 2019

Catat Ulasan

0 Ulasan