Tajuk Rasmi Filem Han Solo Kini Didedahkan


Ron Howard mengumumkan bahawa filem Han Solo kini sudah mempunyai tajuk rasmi. Pengarah filem tersebut kini sudah selesai untuk pengambaran filem tersebut. Filem Han Solo tersebut ialah filem 'spin-off' kedua yang diterbitkan oleh LucasFilm selepas diambil oleh Disney. Sebelum ini, 'spin-off' pertama, Rogue One berjaya mencatat kutipan yang baik dan mendapat kritikan positif.


Sebelum Ron Howard mengambil peranan sebagai pengarah, Phil Lord dan Chris Miller mengarahkan filem tersebut. Namun, disebabkan perbezaan pendapat dan kreativiti, mereka dipecat daripada projek tersebut dan peranan tersebut diberikan kepada Ron Howard.

Pengarah tersebut seringkali mempromosikan filem tersebut sendirian dengan memuat naik foto di sebalik pembikinan filem tersebut di media sosial. Ianya sekaligus menyebabkan para penonton sentiasa ternanti-nanti bilakah filem tersebut akan disiapkan.

Di Twitter, pengarah tersebut mendedahkan tajuk filem tersebut.


Ron Howard berterima kasih kepada semua kru yang berusaha keras untuk memastikan projek ini siap sebelum Chewbacca menyerahkan Howard satu kad yang mempunyai logo Solo: A Star Wars Story.

Dikatakan bahawa filem Han Solo ini akan menceritakan kisah hidup Han pada umur 18 hingga 24 tahun dengan menfokuskan kepada kejadian penting dalam permulaan pengembaraannya termasuklah pertemuan pertama dengan Chewbacca dan juga bagaimana Millenium Falcon diperoleh. 

Catat Ulasan

0 Ulasan