Spawn 'Reboot' Mula Penggambaran 2018

Pencipta watak Spawn, Todd McFarlane akan memulakan penggambaran pada Februari 2018.Adaptasi pertama Spawn pada tahun 1997 berjaya mengaut untung sebanyak USD 87 juta seluruh dunia daripada kos produksi USD40 juta. Namun, sekuel tidak dirancang kerana komen yang negatif terhadap filem tersebut.


Selama dua dekad sudah filem Spawn ini terperangkap dalam masalah. Namun, sekarang, filem Spawn bakal menjadi kenyataan. Selepas San Diego Comic-Con, McFarlane mengumumkan bahawa kerjasama bersama Blumhouse Productions telah dijalinkan untuk membawa filem yang dikategorikan sebagai Rated-R ini. Dan perancangan itu berjalan lancar sekarang apabila jadual penggambaran sudah siap.

Buat masa ini, peminat komik mungkin boleh bergembira apabila akan adanya filem Spawn ini. Sudah lebih 20 tahun filem berkenaan Spawn diterbitkan. Mungkinkah filem ini bakal ditayangkan tahun 2019?

Sama-sama kita nantikan.

Catat Ulasan

0 Ulasan