'Rush Hour 4' Bakal Jadi Kenyataan

Selepas berdekad lamanya filem Rush Hour tidak berkesinambungan, kini Jackie Chan telah mengesahkan bahawa filem Rush Hour 4 akan diterbitkan tak lama lagi. Filem Rush Hour adalah antara filem Jackie Chan yang menembusi pasaran filem di US dan juga menjadi antara filem komedi yang box-office. Kisah Rush Hour berkisar antara dua polis yang bergabung untuk menyelesaikan misi.


Dua sekuel muncul pada 2001 dan 2007. Malangnya, sekuelnya gagal untuk mencapai tahap filem pertama. Dengan komen kritik yang pelbagai, gandingan Chris Tucker dan Jackie Chan menarik penonton untuk berharap adanya filem keempat.

Jackie Chan mengesahkan tentang filem Rush Hour 4 ketika satu temubual bersama San Francisco Chronicle:
“Good news. Next year, Rush Hour 4, and I hope the script done. And day after tomorrow we meet the director and Chris Tucker again to make sure we go the right track.”
Buat masa ini, pengarah filem tersebut masih belum diketahui. Jackie Chan berharap supaya Brett Ratner kembali untuk mengarahkan filem keempat. Malangnya, pengarah itu sibuk dengan pelbagai projek termasuklah filem berkenaan pengasas Playboy yang bakal dilakonkan oleh Jared Letto.

Catat Ulasan

0 Ulasan