Rupa Pelakon Baywatch Asal, Dahulu dan Sekarang

Bagi yang pernah muda pada zaman 90an, pastinya rancangan tv kegemaran dan disebut-sebut ialah Baywatch. Siri televisyen yang berkisarkan tentang kehidupan pasukan lifeguard di Los Angeles yang menyelia kawasan pantai ini memang antara yang sentiasa dinanti-nanti untuk tontonan.


Siri tv ini menjadi antara siri tv yang paling banyak ditonton di dunia. Ianya bermula pada tahun 1989 dan bertahan selama 10 tahun sehingga 1999. Pada tahun 1999 sehingga 2001, Baywatch: Hawaii, siri tv dengan latar dan watak baru diperkenalkan.

Ketika ianya ditayangkan buat kali pertama di stesen tv NBC pada tahun 1989, siri tv ini dibatalkan tayangannya hanya untuk satu musim apabila ianya berada dalam ranking ke 73 daripada 103 siri tv yang sensasi pada masa itu. Selain itu, GTG, studio yang menerbitkan siri tv ini tidak lagi mahu menerbitkan siri tv ini.



David Hasselhoff merasakan siri tv ini ada potensi. Lantas, dia bersama pencipta asal bersama penerbit eksekutif siri tv itu, Michael Berk, Douglas Schwartzand dan Gregory J. Bonann cuba untuk mencipta semula siri tv ini untuk pasaran pada tahun 1991. Hasselhoff diberi mandat sebagai penerbit eksekutif untuk menerbitkan siri tv itu dan hasilnya, siri tv itu mencetuskan fenomena yang luar biasa di seluruh dunia. 

Suka Filem kali ini membawa anda menelusuri pelakon-pelakon Baywatch asal yang sudah menyepi agak lama. 
Klik sini untuk lihat rupa pelakon Baywatch dulu dan kini

Baywatch kemudiannya diteruskan dengan Baywatch: Nights yang bersiaran selama dua musim. Ada tiga filem juga diterbitkan iaitu Baywath The Movie: Forbidden Paradise, Baywatch: White Thunder at Glacier Bay dan juga Baywatch: Hawaiian Wedding. 

Filem 'reboot' Baywatch diterbitkan semula dan dilakonkan oleh Dwayne Johnson bersama Zac Efron dan diarahkan oleh Seth Gordon. 



Catat Ulasan

0 Ulasan