Rosyam Nor Minta Tolong Peminat Pilih Poster

Pada tahun 2015, Rosyam Nor telah menyatakan bahawa beliau akan menerbitkan sebuah filem bertajuk Rempit Ke Langit. Filem tersebut yang diarahkan oleh Silver, yang sebelum ini terkenal dengan filem-filem VCD seperti Blok 404 dan juga Kem 505 kini disahkan akan ditayangkan di pawagam pada tahun ini.


Laman Twitter FilemKita.com mengesahkan bahawa filem bercorak aksi komedi itu bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 November 2017. Status itu turut disertakan dengan gambar poster yang masih lagi belum diputuskan untuk cetakan promosi.

Sementara itu, di Instagramnya, pelakon yang juga penerbit filem tersebut, Dato' Rosyam Nor meminta followernya untuk memilih poster mana yang terbaik untuk dijadikan promosi filem berkenaan.


A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

Filem yang mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan ini nampaknya adalah satu risiko besar buat penerbit. Dengan kejayaan Abang Long Fadil 2 dan juga kedatangan Tombiruo: Penunggu Rimba, penonton nampaknya ada pilihan yang lebih baik dari sekadar menonton filem rempit. Namun, diharapkan bahawa kejayaan akan bersama dengan Rempit Sampai Langit.  

Catat Ulasan

0 Ulasan