RM4 Juta Selepas Seminggu, Kutipan Tombiruo Terus Meningkat



Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar mengesahkan bahawa setakat 20hb Oktober 2017, filem adaptasi dari naskah bestseller karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo telah mengutip RM4 juta. Menerusi akhbar Sinar Harian, Najwa Abu Bakar berkata: 
"Alhamdulillah setakat ini filem Tombiruo melepasi RM4 juta untuk kutipan 'box office'. Bagi pihak penerbit kami berasa terharu dengan sambutan daripada penonton terhadap filem ini"
Perkara itu amat membanggakan apabila filem tersebut yang menjadi percubaan pertama untuk memecahkan tradisi filem Malaysia berada dalam tahun mencabar bagi filem Malaysia. Risiko untuk mengadaptasi filem dari naskah besar sebegini yang mempunyai ramai peminat nampaknya tidak menghampakan apabila rata-rata pembaca naskah asal berpuas hati dengan adaptasi ini.


Dengan kutipan di panggung wayang yang agak memuaskan, filem ini pasti akan terus ditayangkan dalam jangkamasa yang agak lama untuk mengutip kutipan semaksimum mungkin. 

Tombiruo: Penunggu Rimba diarahkan oleh Seth Larney bersama Nasir Jani. Gabungan dua pengarah yang hebat dengan bidang masing-masing ini membentuk acuan Tombiruo yang menghampiri kesempurnaan sebuah karya Malaysia. 


Catat Ulasan

0 Ulasan