Reaksi Awal Untuk 'Thor: Ragnarok' Positif



Studio yang menerbitkan filem Thor: Ragnarok, Marvel Studios mengeluarkan reaksi awal untuk filem tersebut yang bakal ditayangkan kelak. Semenjak menerbitkan 16 filem, filem-filem superhero 'Marvel Cinematic Universe' tidak pernah mengecewakan peminatnya. Dengan pelbagai tema dan juga kisah, Ragnarok ialah sebuah lagi filem yang bakal mengisi ruang masa penceritaan MCU.


Beberapa posting di Twitter menunjukkan filem tersebut mendapat reaksi yang agak positif di kalangan penonton yang telah menontonnya leboih awal







Dengan promosi yang agak besar, nampaknya penonton hanya menunggu beberapa minggu sahaja lagi untuk menonton filem ini. Filem ini bakal ditayangkan di Malaysia pada 26 Oktober 2017.



Catat Ulasan

0 Ulasan