Penyanyi Cher Sertai 'Mamma Mia 2'


Ikon pop Cher antara pelakon yangbakal menghiasi filem sekuel Mamma Mia. Menampilkan pelakon seperti Meryl Streep, Colin Firth, Pierce Brosnan dan Amanda Seyfried, filem pertama Mamma Mia menjadi filem yang box-office sekaligus menaikkan populariti naskah itu yang mana diadaptasi dari pentas muzikal.


Disebabkan kejayaan filem pertama, filem kedua diumumkan. Mamma Mia: Here We Go Again dijadualkan untuk tayangan tahun 2018. Pelakon asal akan kembali memainkan peranan mereka dengan beberapa watak tambahan oleh pelakon baru.

Variety mengesahkan bahawa Cher bakal mengambil satu peranan dalam filem tersebut. Ianya kemunculan Cher yang terbaru semenjak Zookeeper yang diterbitkan tahun 2011. 

Catat Ulasan

0 Ulasan