Penggambaran Polis Evo 2 Sudah Bermula

Laman Twitter FilemKita.com melaporkan bahawa filem Polis Evo 2, sekuel kepada filem sukses 2015 sudah memulakan penggambarannya. Laman Twitter yang selalu berkongsi info filem Malaysia itu memuat naik sebuah gambar clipboard menunjukkan penggambaran filem sudah bermula.





Menerusi satu status Twitter lain daripada akaun yang sama, didapati bahawa filem kali ini tidak diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar tetapi Joel Soh yang sebelum ini pernah menjadi penerbit dan juga salah seorang penulis skrip filem Polis Evo (2015).




Terdahulu, Polis Evo yang menggandingkan Shaheizy Sam dan Zizan Razak pada tahun 2015 berjaya mengutip RM17.8 juta menjadikan filem tertinggi kutipannya dalam sejarah filem Malaysia. Namun, kemegahan filem tersebut kini dibenamkan oleh filem Abang Long Fadil 2. 

Catat Ulasan

0 Ulasan