Pengambaran Filem 'Glass' Arahan Shyamalan Sudah Bermula


Berita baik buat penggemar filem filem seram dan misteri daripada M. Night Shyamalan, filem terbaru beliau yang berjudul Glass sudah pun memulakan proses penggambaraan. Glass adalah kesinambungan kepada filem arahan M.Night Shyamalan sebelum ini iaitu Split dan Unbreakable. Filem Glass bakal menjadi pelengkap kepada trilogi ini.

Menurut laman sosial Twitter rasmi milik M. Night Syamalan, beliau sudah pun bersiap sedia untuk memulakan minggu pertama dalam penghasillan filem Glass. Barisan pelakon yang akan turut serta dalam produksi filem Glass seperti Bruce Willis, Samuel L. Jackson, James McAvoy, Anya Taylor-Joy, dan Sarah Paulson.



Menurut penerbit Glass, Jason Blum memgatakan bahawa Glass adalah sebuah filem adiwira yang menarik serta unik. Menjadikan Glass sebuah filem yang ditunggu tunggu oleh peminat M. Night Shyamalan.

Filem Unbreakable yang ditayangkan pada tahun 2000 ialah antara filem Syamalan paling popular kerana twistnya yang unik dan juga emosinya yang agak realistik.

Penerbit filem Glass, Jason Blum menyatakan bahawa filem Glass bakal menyajikan filem adiwira yang berbeza sepertimana yang dilakukan pengarah itu dalam Split dan juga Unbreakable.

Split berjaya mengutip USD276 juta seluruh dunia daripada bajet yang hanya berjumlah USD 9 juta. Glass dipenuhi dengan harapan yang tinggi daripada peminat filem.

Filem Glass dijangka akan ditayangkan pada bulan Januari 2019.

Catat Ulasan

0 Ulasan