Michael Bay Bakal Terbitkan Filem 'Dora The Explorer'


Berita baik bagi penggemar watak Dora The Explorer, siri animasi itu yang popular di kaca tv kini bakal diadaptasi ke layar besar. Namun, kurang menariknya di sini ialah filem Dora The Explorer bakal diterbitkan oleh penerbit dan pengarah Transformers, Michael Bay. 


Menurut The Hollywood Reporter, filem Dora The Explorer akan diterbitkan oleh Michael Bay yang terkenal dengan adaptasi filem animasi seperti Transformers dan Teenage Mutant Ninja Turtles. Nick Stoller diarahkan untuk menuliskan draf skrip dengan sasaran tayangan pada tahun 2019. Menurut laporan berkenaan, watak Dora bukan lagi seorang kanak-kanak riang berumur 7 tahun tetapi seorang remaja yang baru berpindah ke tempat baru.

Persoalan yang hadir di sini ialah kenapa Michael Bay yang diberi kesempatan untuk menerbitkan filem ini? Peminat-peminat ratanya memberikan teori bahawa walaupun filem arahan dan terbitannya dipenuhi dengan letupan dan selalu memusnahkan impian peminat siri animasi asal, Bay berjaya untuk membina merchandise melalui filem yang diterbitkan. Penjualan merchandise pula menyasarkan kanak-kanak. 

Apapun, gabungan Bay dan Dora nampaknya amat menarik untuk ditunggu hasilnya. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Catat Ulasan

0 Ulasan