Kenali Enam Jaeger Baru Dalam Pacific Rim: Uprising


Pengarah filem Pacific Rim: Uprising, Steven S. DeKnight memberikan penjelasan untuk enam Jaegers yang bakal ditonton dalam filem tersebut. Filem tersebut ialah sekuel kepada filem arahan Guilermo del Toro dan trailer pertamanya didedahkan pada New York Comic Con.



Dikatakan bahawa Kaiju dalam filem ini lebih berbahaya berbanding Kaiju dari filem pertama. Berikut ialah karakteristik Jaeger yang bakal anda saksikan dalam filem Pacific Rim: Uprising.

1. Gipsy Avenger


Mempunyai rekaan yang hampir sama dengan Gipsy Dangerdari filem Pacific Rim asal, Jaeger ini masih menggunakan sistem 'two-pilot drift system' dimana dua orang perlu mengemudi Jaeger tersebut. Namun, sistem teknologi kokpit telah berubah dimana kaki pengendali tidak lagi 'terlekat' di satu pad dan juga perubahan pada sistem paparan holografik dan juga senjata. 

Gipsy Avenger mempunyai senjata yang dikenali sebagai Gravity Sling yang mana membolehkan Jaeger ini mengangkat bangunan dan kereta lalu digunakan untuk menyerang Kaiju. Dikatakan bahawa Jaeger ini ialah yang paling mencabar untuk dikawal, tetapi ianya paling kuat di kalangan segala Jaeger.
“Gipsy Avenger honors the heroic legacy of her namesake as the flagship leader of the Mark VI fleet. More than just a Jaeger, she is a symbol of hope to millions.”
2. Bracer Phoenix


Rekaan paling lama daripada lima Jaegers utama dalam filem ini. Hanya Bracer Phoenix sahaja Jaeger berkategori Mark V manakala semua Jaegers lain berkategori VI. Bracer Phoenix perlu dikawal oleh tiga orang. Antara perkara yang menarik tentang Jaeger ini ialah seorang daripada pengendali boleh turun ke bahagian dada Bracer Phoenix untuk mengendalikan senjata yang dikenali sebagai Vortex Cannons.
“A Mark V brute that can still run with the VI’s, Bracer Phoenix shoots from the chest, with a centrifugal vortex cannon that is as spectacular as it is deadly.”
3. Guardian Bravo


Jaegr ganas yang mempunyai senjata yang dikenali sebagai Graphine Arc Whip yang mampu melibas Kaiju dalam pertarungan
“Designed for combat at range, Guardian Bravo wields the Elec-16 Arc Whip: a proto-metallic successor to the chainsword, and brings a new sophistication to the chainsword’s whiplash move.”
4. Titan Redeemer





Titan Redeemer dikenali kerana adanya 'bebola kematian' yang disambungkan di hujung lengannya. Memang kalau kena, Kaiju pasti tumbang.
“Built for brute force and armed with a seismic morningstar, Titan Redeemer is the walking wrecking ball of the new fleet.”
5. Saber Athena


Mempunyai tubuh berwarna oren, ianya Jaeger paling canggih dalam pasukannya. Ianya mempunyai pedang plasma dan juga pengendalinya perlu mempunyai skil seni bela diri untuk mengawalnya.
“The sleekest and most elegant Jaeger ever created, Saber Athena is the fastest in the fleet, wielding twin blades in hyper-acrobatic combat.”
6. Scrapper

Scrapper ialah Jaeger yang dibina daripada bahagian-bahagian Jaeger yang rosak/ musnah oleh orang biasa.
“It’s the human inside the jaeger that’s super. It’s you times a thousand.” – Steven S. DeKnight

Sinopsis ringkas Pacific Rim: Uprising ialah seperti berikut -
Pelakon John Boyega (Star Wars: The Force Awakens) memegang watak Jake Pentecost, seorang anak kepada pengendali Jaeger yang menghabiskan sisa hidupnya untuk menentang Kaiju. Jake yang sepatutnya menjadi pengendali Jaeger meninggalkan dunia tersebut dan dia ditangkap kerana terjebak dengan dunia jenayah. 
Namun, apabila ancaman baru tiba, dia kini mempunyai satu peluang lagi untuk menentang ancaman dunia dan meneruskan legasi ayahnya bersama adik tirinya, Mako Mori (Rinko Kikuchi) yang mana mengendalikan Jaeger generasi baru yang sedang bersedia untuk pertarungan baru.
Pertarungan ini juga disertai oleh Lambert (Scott Eastwood) dan juga pengodam Jaeger Amara (Cailee Spaeny) .

Catat Ulasan

0 Ulasan