Kaya Scodelario Akan Kembali Untuk POTC 6

Pelakon Kaya Scodelario menyatakan bahawa dia bakal kembali untuk filem Pirates of the Caribbean 6. Namun, pelakon itu menyatakan bahawa dia masih belum mendapat skrip untuk filem keenam francais lanun popular tersebut. Pelakon itu masuk ke dalam dunia Pirates of the Caribbean sebagai Carina Smyth, seorang ahli kaji bintang yang mana terperangkap dalam misi bersama Kapten Jack Sparrow dan juga Henry Turner.


Joachim Rønning dan Espen Sandberg mengakhiri filem Pirates of the Caribbean: Dead Man Tell No Tales dengan penamat bahagia dimana watak Will Turner bebas daripada sumpahan dan juga permulaan cinta antara Henry Turner dan juga Carina. Di dalam filem itu juga, terdapat satu 'post-credit' yang menunjukkan kembalinya watak Davy Jones.

Dalam satu temubual bersama Screenrant, Kaya menyatakan:
“Well, when I signed up for the first one, I signed up for two movies. So I am contractually obliged, but I’d love to [do it]. I think there’s a lot we can still do. I’d like see a Carina who takes the helm of Barbossa on the sea – have her own all-female pirate crew.”
Khabar untuk filem keenam Pirates of the Caribbeans masih samar. Namun, Kaya Scodelario dan Brenton Thwaites akan membintangi beberapa lagi filem Pirates of the Caribbean yang akan datang.

“I think it would be a lot of fun to go back. It was an amazing experience to shoot […] so many people all watch it and find joy in it – it crosses generations. People enjoy these movies and […] people still want to see them. I think it’s important that we make sure it’s good and if people want it and we can find the right script, I’d love to be a part of it. But as of now, I haven’t heard anything.”
Sepertimana yang diberitahu sebelum ini, sekuel keenam Pirates of the Caribbean akan diterbitkan berdasarkan kejayaan filem ini ketika dijual dalam bentuk 'home entertainment'. Dead Men Tell No Tales mengutip USD794 juta seluruh dunia dengan bajet pembikinan filem hanya USD230 juta.

Catat Ulasan

0 Ulasan