Kate Winslet Kembali Ke Pangkuan James Cameron Untuk Sekuel 'Avatar'

Kate Winslet, pelakon yang dikenli dalam filem Titanic kini telah terpilih untuk membintangi filem sekual Avatar yang bakal diarahkan oleh James Cameron. Selepas persiapan yang begitu lama, filem Avatar yang terbit pada tahun 2009 kini bakal memulakan penggambarannya. Filem pertama daripada sekuel berantai ini bakal terbit pada tahun 2020.


Kebanyakan pelakon dari filem asal bakal kembali seperti Sam Worthington, Zoe Saldana, Sigourney Weaver dan Stephen Lang. Pada masa yang sama, watak baru akan diperkenalkan. Terdahulu, James Cameron telah menayangkan barisan pelakon cilik yang bakal menerajui filem ini juga. 

Untuk sekuel kali ini, James Cameron sedaya upaya cuba untuk mendapatkan pelakon gred A untuk membintanginya. Walaupun sebelum ini, pengarah itu gagal untuk meyakinkan Josh Brolin untuk menyertai projek ini, pengarah ini berjaya untuk merekrut pelakon filem Titanic, yang juga diarahkan oleh James Cameron untuk membintangi filem ini. 

Menurut Deadline, watak yang bakal dilakonkan oleh Kate Winslet ialah Ronal. Watak itu masih belum jelas karakteristiknya sama ada ianya seorang manusia atau sebahagian daripada puak Na'vi. 

Apapun, menantikan sekuel Avatar memang penantian yang panjang. Kembalinya Kate Winslet ke projek arahan James Cameron pula menjadikan ianya sebuah reunion pelakon dan pengarah yang bakal membawa roh dan semangat yang segar. 

Catat Ulasan

0 Ulasan