John Ortiz Kini Sebahagian Dari Pelakon 'Bumblebee'


Berita terkini tentang projek filem terbaru spin-off Transformers: Bumblebee. Selepas John Cena disahkan berlakon dalam filem terbaru ini,  John Ortiz turut bakal terlibat filem terbaru ini sebagai pelakon.

Pelakon ini pernah membintangi filem hebat seperti Kong: Skull Island, Silver Lining Playbook, dan Fast & Furious.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lagi apakah watak yang bakal dijayakan oleh John Ortiz. Filem Bumblebee bakal mengambil latar masa 80an selain hanya membekalkan bajet yang kecil berbanding filem Transformers. Travis Knight telah diberi tanggungjawab mengarahkan filem Bumblebee.

Bumblebee akan diterbitkan dengan bajet yang lebih kecil daripada filem Transformers sebelum ini. Filem ini sudah memulakan penggambarandanbakal ditayangkan pada Disember 2018.

Catat Ulasan

0 Ulasan