Ini Sebabnya Kenapa Latar Kemusnahan Mjolnir Berubah Dalam 'Ragnarok'



Semenjak trailer Thor: Ragnarok ditayangkan, penonton masih berteka-teki kenapa perubahan latar tempat kemusnahan Mjolnir diubah. Pengarah filem tersebut, Taik Waititi telah memberitahu bahawa babak tersebut diubah ketika proses 'reshoot'. Babak yang menunjukkan kemusnahan Mjolnir itu pada awalnya berlatar kawasan lorong di New York tetapi diubah menjadi kawasan lapang yang hijau.


Digital Spy telah bertanyakan Waititi dalam satu temubual tentang babak penting itu yang mana mengambil masa ketika pertemuan Thor dan Loki bersama Odin. Pengarah filem Thor ketiga itu menjawab dengan sarkastik:
“Alleyways aren’t cool. Fields are cool. Ask anyone”



Selepas berseloroh, Waititi akhirnya memberi penjelasan yang lebih serius.
“We originally shot some of that stuff on the set of our stuff in New York. What we wanted to do was have them go down to Earth and they see Doctor Strange and stuff but it felt too convenient that he was suddenly just down the road in an alley and also everything, up to then, everything was so fast-paced and all over the place. We wanted to go somewhere peaceful and actually chill out with those characters and be with Odin while he imparts this wisdom and stuff and not have to hear stupid yellow cabs honking out the back.”
Dalam temubual itu, Waititi menyatakan bahawa babak kemusnahan Mjolnir di lorong New York kurang memberikan emosi terhadap kemusnahan yang dibayarkan. Di dalam temubual itu juga, dia menyatakan mahu memberikan ruang tempat yang lebih aman dan juga tenang daripada lorong New York yang bising.


Perubahan dalam babak filem bukanlah perkara luar biasa dalam pembikinan filem. Trailer yang ditonton tidak semestinya mengandungi babak sebenar yang bakal disaksikan dalam filem sebenar. Thor: Ragnarok bakal ditayangkan di Malaysia pada 26 Oktober 2017.  

Catat Ulasan

0 Ulasan