'Captain Marvel' Mula Pengambaran Februari 2018

Kevin Feige mendedahkan bahawa filem Captain Marvel bakal memulakan pengambaran pada Februari 2018 di Los Angeles. Sebelum ini, Kevin Feige menyatakan bahawa penggambaran akan bermula di Alanta. Namun, disebabkan California memberi insentif cukai untuk penggambaran, memang Marvel mengambil peluang ini untuk memulakan penggambaran di sana.


Filem ke 21 dalam Marvel Cinematic Universe ini akan mengisahkan watak yang dibawa Brie Larson sebagai seorang pegawai United States Air Force yang menjadi superhero. Dengan filem ini, fasa ketiga dunia Cinematic Universe akan semakin berakhir sebelum fasa baru filem superhero Marvel bermula. 

Filem ini akan mempunyai 'origin story' yang berbeza untuk watak Carol Danvers. Sesetengah peminat merujuk kepada bagaimana Dr. Strange dibikin. Bagaimana perubahan yang akan dilakukan untuk watak ini belum diketahui lanjut. Namun, apa yang pasti, untuk membawa watak ini ke dalam dunia MCU dalam timeline yang agak janggal perlukan sesuatu yang hebat!

Catat Ulasan

0 Ulasan