'Bride of Frankenstein' Mula Penggambaran 2018

Filem yang bakal mengisi ruang filem Dark Universe seterusnya, Bride of Frankenstein bakal memulakan penggambaran tak lama lagi. Dalam satu temubual bersama Forbes, pengarah filem tersebut, Bill Condon mendedahkan bahawa filem tersebut bakal memulakan penggambaran pada Februari 2018. Katanya:
"We start on February 1st, 2018 so it’s the early days but just to be here in London, starting to see locations and to talk about sets that we’re building, it’s very exciting. For me, the James Whale movie is really right there in the pantheon for me. As you know, the Bride is a character who appears in the last five minutes and then is destroyed so it’s a way to almost continue the movie that you imagine the movie he might have made the third Frankenstein movie but in 2018."
Universal Studio hadir dengan Dark Universe untuk mengikut trend filem-filem sekarang yang mana dimulakan oleh Marvel Studios. Filem pertama dalam Dark Universe ialah The Mummy yang diterajui oleh Tom Cruise. 


Struktur filem dalam Dark Universe mempunyai konsep yang sama seperti Marvel Cinematic Universe dan juga DC Extended Universe. Universal Studios tidak memilih untuk mempersembahkan 'universe' superhero tetapi sebaliknya memilih dunia makhluk raksasa dan juga pelik untuk disatukan dalam dunia mereka tersendiri. 

Filem pertama dalam 'universe' ini ialah The Mummy yang mana mendapat ulasan yang sederhana sahaja daripada pengkritik dan penonton wayang seluruh dunia. Kutipan di US agak kurang memberansangkan apabila memperoleh USD80 juta sahaja. Namun, kutipan di luar US agak memberansangkan apabila filem ini memperoleh USD 407 juta untuk tayangan seluruh dunia. 


Catat Ulasan

0 Ulasan