4 Hari Ditayangkan, Kutipan Tombiruo Cecah RM2 Juta




Selepas 4 hari ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia, Tombiruo: Penunggu Rimba sudah mengutip lebih RM2 juta. Perkara ini diumumkan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd selaku penerbit filem ini di laman Facebooknya.


Tombiruo: Penunggu Rimba mengisahkan Ejim yang memburu pembunuh ayah angkatnya, Pondolou. Pada masa yang sama, serangan terhadap perkampungan kerana isu empangan menyebabkan kematian Salina, isteri kepada Amirudin. Masalah semakin bertambah apabila ada dalang misteri di sebalik masalah ini.

Filem ini diarahkan oleh Seth Larney sebagai pengarah utama. Nasir Jani membantu sebagai pengarah bersama. Filem ini menjanjikan kehebatan setaraf Hollywood apabila Seth Larney kelihatan menggunakan sepenuhnya ilmu yang dia ada daripada pengelibatannya dalam filem Hollywood seperti X-Men Origin: Wolverine dan The Matrix Reloaded. 

Kisah Tombiruo diadaptasi daripada karya Ramlee Awang Murshid yang menjadi fenomena. Jangan lupa tonton filem ini di pawagam selagi berkesempatan. Pasti tak rugi.

Catat Ulasan

0 Ulasan