'Working Title' Filem Shazam Berkait Dengan Benjamin Franklin.

Dunia filem superhero DC nampaknya sudah semakin bergerak ke hadapan. Walaupun filemnya terlalu jauh untuk menghampiri kekuatan dunia filem superhero Marvel, kemajuan watak-watak filem superhero DC yang difilemkan nampaknya sudah berjaya membuahkan hasil.


Wonder Woman contohnya, berjaya mengutip kutipan yang memberangsangkan dan filem keduanya akan menyusul dengan Patty Jenkins bakal kembali untuk mengarah filem tersebut.

November ini, filem gabungan superhero pula, Justice League akan ditayangkan di pawagam. Dengan pelbagai spekulasi, filem ini dijangka bakal memberikan hasil lumayan buat DC.

Ke hadapan, DC sudah merancang pelbagai superhero yang bakal difilemkan. Antaranya yang dinantikan ialah filem watak Shazam. Shazam ialah seorang superhero yang mana berada di dalam jasad Billy Paxton, seorang budak kecil.

Watak Bill Paxton ciptaan Bill Parker dan C. C. Beck ini boleh berubah menjadi Shazam dalam keadaan yang memerlukan.

Sudah menjadi tradisi di Hollywood apabila filem yang bakal disiapkan tidak akan menggunakan nama sebenar untuk mengelakkan rahsia besar seperti plot dan twist terbongkar. Bagi filem Shazam!, working title yang digunakan ialah 'Franklin'.

Ura-ura menyatakan bahawa tajuk sementara yang digunakan berkait dengan Benjamin Franklin. Namun, kaitan Benjamin Franklin dengan filem ini tidak diketahui. 

Buat masa ini, pelakon yang bakal memegang watak Shazam masih belum ditetapkan lagi.

David F. Sandberg, pengarah filem seram Lights Out bakal mengarahkan filem tersebut yang masih di peringkat pre produksi. 

Catat Ulasan

0 Ulasan