Timeline Terminator 6 Akan Abaikan Genisys

Pelakon Arnold Schwarzenegger telah mengesahkan bahawa Teminator 6 yang bakal diarahkan oleh Tim Miller, yang sebelum ini mengarahkan Deadpool akan mengabaikan filem Terminator: Genisys yang menjadi 'reboot' yang gagal sebelum ini. Dua filem Terminator awal yang menjadi permulaan kepada siri filem Terminator menjadi naskah yang memang hebat dan tiada tandingan. Namun, lampu kegemilangan filem ini mula malap selepas Terminator 3: Rise of the Machine. 

Walaupun ada yang masih menggemari Rise of the Machines, ramai yang mengkritik elemen-elemen yang dipinjamkan dari dua filem asalnya dan juga humor yang agak banyak. Filem Terminator: Salvation pula dikritik kerana penceritaannya dan juga pelakon watak John Connor yang dikatakan tidak sesuai dengan pelakon Christian Bale. 


Maka muncul pula Terminator: Genisys yang mana direka untuk memadamkan semua kisah lalu dan mencipta ruang baru yang segar untuk naskah ini bermula semula. Namun, filem ini tidak diterima oleh peminat filem dan juga sekuel yang dicanang nampaknya tidak menjadi kerana kegagalan filem tersebut yang nyata. 

Untuk filem Terminator 6, Jame Cameron kembali menjadi adiwira penyelamat filem ini. Dengan perkhabaran yang sah menyatakan bahawa Genisys bakal diabaikan dan sekuel kali ini akan berada dalam timeline asal, Linda Hamilton akan membuat kemunculan semula. Namun, Robert Patrick yang popular dengan wata T-1000 tidak akan kembali. Arnold Schwarzenegger mengesahkan penggambaran akan bermula Mac 2018.

Dengan timeline Genisys diabaikan, filem kali ini pasti kelihatan agak sukar untuk penulis lakonlayarnya kerana ianya tidak boleh mengabaikan filem Rise of the Machines dan juga Salvation. Kita tidak tahu bagaimana James Cameron mahu bercerita untuk Terminator 6. Adakah dua filem ini akan dibuang terus dengan elemen time travel selepas kali kedua? Atau adakah ada lagi perkara yang masih belum diceritakan sebelum Rise of the Machines dan Salvation berlaku?

Namun, bergabungnya James Cameron dan Arnold Schwarzenegger ialah sesuatu yang dinantikan oleh ramai peminat. Walaupun James Cameron hanya bertindak sebagai penerbit kerana sibuk dengan Avatar 2, diharap auranya masih sama dan ada sedikit kesegaran dari pengarah Tim Miller yang bakal kita lihat. 

Catat Ulasan

0 Ulasan