Pengarah Deadpool Bakal Siapkan Terminator 6

Selepas beberapa lama filem keenam Terminator dilanda kemelut kerana kegagalan filem kelimanya, akhirnya James Cameron telah masuk campur dan membantu untuk meneruskan kelangsungan filem tersebut. 

Terbaru, pengarah filem Deadpool, Tim Miller sudah disahkan akan menjadi pengarah filem tersebut manakala James Cameron pula akan bertindak sebagai penerbitnya. 

Disebabkan Tim Miller sudah dikenali dengan filem Deadpool, para peminat filem Terminator pasti akan tidak sabar menantikan filem Terminator 6 yang bakal menjalani penggambaran tak lama lagi. 

Cameron dan Miller dilaporkan akan mendedahkan lebih lanjut perihal Terminator 6 ini pada minggu hadapan. Buat masa ini, apa yang kita tahu, Terminator akan kembali.

Catat Ulasan

0 Ulasan