Berita baik buat peminat filem Lucy yang diarahan Luc Besson.
Filem Lucy yang mengangkat genre fiksi sains ini bakal mempunyai filem sambungannya.
Tambahan lagi Luc Besson sudahpun menyiapkan skrip sepenuhnya filem Lucy 2.
Filem Lucy mengisahkan tentang tentang Lucy (lakonan
Scarlett Johansson) yang diperangkap untuk menjalankan aktiviti seludup
dadah. Dadah yang diseludup dalam tubuh
badan Lucy pecah dan menyebabkan sesuatu yang tidak dijangka berlaku terhadap
Lucy. Filem yang ditayangkan pada tahun 2014 ini menerima kutipan yang
memberangsangkan iaitu $463 Juta berbanding jumlah bajet file mini sebanyak $40
Juta. Setelah mendapat kutipan yang baik serta ulasan yang positif, Luc Besson
sudah bersedia untuk menghasilkan sambungan Lucy.
Luc Besson akan berkerjasama dengan produksi dari Perancis, EuropaCorp
dalam Lucy 2. EuropaCorp akan meneruskan delegasi mereka untuk memberi focus kepada
filem aksi dan juga fiksi sains. EuropaCorp merancang untuk menghasilkan dua
atau tiga filem berbahasakan English dalam setahun manakala dua filem
berbahasakan Perancis dengan bajet yang lebih rendah.
Memandangkan filem
Lucy menjadi antara filem yang berjaya ketika itu, memang tidak menjadi masalah
untuk Lucy mempunyai filem sambungan. Bagaimanapun Luc Besson mempunyai
perancangan untuk filem yang lain sebelum Lucy 2 akan ditayangkan di pawagam
0 Ulasan