TRENDING

Ulasan Filem: Time To Hunt (2020)

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Jennifer Lawrence Kini Makin Berani

Pelakon Jennifer Lawrence mula dikenali apabila memegang watak Katniss Everdeen dalam filem adaptasi novel Hunger Games. Selain itu, pelakon ini juga sinonim dengan watak Mystique, seorang mutant biru yang menjadi pembantu Magneto dalam filem X-Men. Bermula dengan watak-watak yang kelihatan mudah nampaknya tidak menghalang pelakon ini untuk tampil lebih seksi sesuai dengan usianya yang meningkat.


Perkembangan terbarunya, pelakon ini bakal hadir dengan sebuah filem thriller arahan Drren Aronofsky. Filem yang sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 15 September 2017 di USA itu nampaknya menerima ulasan dan kritikan positif. Filem tersebut bakal ditayangkan di Malaysia pada 21 September 2017.



Selain itu, Jennifer Lawrence juga bakal mengikut jejak pelakon Charlize Theron yang mana tahun ini melakonkan watak spy dalam Atomic Blonde. Pelakon ini membuktikan yang dia mampu untuk melakonkan apa sahaja watak dengan membintangi filem Red Sparrow yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun 2018.

Nampaknya, pelakon ini sudah mula menunjukkan belangnya untuk membuatkan seluruh dunia memberi perhatian kepadanya.

Jennifer Lawrence lahir pada 15 Ogos 1990. Ketika zaman mudanya, dia seorang yang sering membuat persembahan di gereja dan juga sekolah. Apabila usianya 14 tahun, seorang ejen bakat menyedari bakatnya di New York. Dia kemudiannya memulakan kariernya sebagai pelakon dengan membintangi siri tv dengan memegang watak kecil.

Dia mula mendapat perhatian dunia apabila menjadi Mystique dalam X-Men: First Class (2011) dan seterusnya membintangi Hunger Games yang menjadikannya pelakon yang paling tinggi bayarannya pada tahun 2015 dan 2016. Lakonannya dalam filem Silver Linings Playbooks (2012) membuatkan dirinya memenangi Anugerah Pelakon TErbaik di Academy Award.


Nantikan Mother! dan Red Sparrow di pawagam berhampiran!

Comments

Menarik!

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Ulasan Filem: Syif Malam Raya (2020)

Aamir Khan Tunaikan Hajat Ibu Nak Jejak Kaki Ke Makkah

Adegan Merokok Dalam 'Hantu Kak Limah' Cacatkan Filem?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

'Wira' Kini Sebahagian Daripada Universe Filem [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Zero (2018)

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)