James Gunn Beritahu Bagaimana Yondu Bakal Muncul Kembali

James Gunn mengesahkan bahawa apabila dia mematikan sesuatu karakter, karakter itu akan tetap mati dan tidak akan dihidupkan semula. Dalam dua filem Guardians of the Galaxy arahan pengarah tersebut, momen terakhir filem menggambarkan bagaimana seorang karakter menyelamatkan karakter lain dengan mengorbankan diri mereka.


Dalam filem Guardians of the Galaxy Vol 1, Groot mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan keseluruhan team. Dalam filem Vol 2 pula, Yondu pula mengambil tugas itu untuk memberikan air mata kepada penonton. Namun, disebabkan filem ini ialah adaptasi komik, dimana apa sahaja yang mustahil masih lagi boleh berlaku, Gunn menyatakan bahawa Baby Groot ialah watak berbeza daripada Groot yang mati pada filem pertama GOTG.



Gunn memuat naik status di Faceboo menyatakan dimana Groot dan Yondu berada di dalam MCU selepas dia diserang di Twitter. Di Facebook, James Gunn menyatakan:
“Although it is always possible to see Yondu in flashback or prequel, I personally will never bring him back to life in present time because it would nullify his sacrifice and the love from father to son that affects me so much personally as well as others all around the world. One of the reasons that Yondu is the most popular character from the second film is BECAUSE of this sacrifice, and the idea of bringing him back in Vol. 3 or 4 or on the Yondu Netflix series because he sells a lot of Funko Pops horrifies and sickens me. Like I said, I hate it. And I’ll never do it.”
Gunn menyatakan bahawa untuk mengembalikan karakter ini, hanya ada dua cara iaitu flashback dan juga prekuel. Ada khabar angin menyatakan bahawa Yondu bakal kembali dalam Infinity War. Namun, ianya berita yang tidak sah. 

Buat masa ini, peminat filem MCU perlu menerima hakikat bahawa Yondu sudah pergi dan perlu bergerak ke hadapan. Jika Yondu bakal hadir dalam filem MCU di masa hadapan, mungkin itu ialah satu kegembiraan baru yang bakal dirasai peminat. 

Catat Ulasan

0 Ulasan