Filem Tomb Raider Pinjam Banyak Aksi Lasak Dari Permainan Video Asal

Para peminat wayang berpuas hati dan teruja dengan terbitnya trailer pertama filem reboot Tomb Raider yang bakal ditayangkan pada Mac 2018. Tomb Raider ialah adaptasi dari sebuah permainan video yang juga menggunakan tajuk yang sama. Pengarah filem tersebut, Roar Uthaug menyatakan filem tersebut berkait rapat dengan permainan videonya yang diterbitkan pada 2013.


Permainan video Tomb Raider yang mana watak utamanya iaitu Lara Croft dilancarkan pada tahun 1996. Pada masa itu, permainan ini antara permainan video yang berjaya. Kemudiannya, Lara Croft menjadi ikon yang dikenali dunia. 



Dalam siri adaptasi filem, Angelina Jolie terlebih dahulu memulakan langkah memegang watak itu dalam adaptasi pertamanya pada tahun 2001 dalam filem bertajuk Tomb Raider: Lara Croft dan seterusnya Tomb Raider: Cradle of Life, yakni sekuelnya pada tahun 2003. Siri filem lakonan Angelina Jolie ini dirancang untuk membentuk trilogi namun filem ketiga gagal untuk diterbitkan kerana kegagalan sekuelnya.

Pada tahun 2013, remake permainan tersebut dibikin oleh Crystal Dynamic. Versi Lara Croft yang baru ini ialah 'origin story' yang mana diikuti dengan sekuelnya pada tahun 2015. Versi Lara Croft inilah yang menjadi inspirasi untuk filem kali ini. 

Terbitnya trailer filem itu memberikan ruang untuk penonton melihat pelakon Alicia Vikander beraksi memegang watak itu. Inspirasi dari permainan video kelihatan amat jelas dalam trailer tersebut. Dalam satu temubual bersama IGN, pengarah filem tersebut menyatakan bahawa banyak perkara dari dalam filem diadaptasi daripada permainan video tersebut termasuklah pilihan senjata, plot dan juga aksi-aksi ikonik dari dalam permainan video. 



Uthaug menyatakan bahawa permainan video yang diterbitkan pada tahun 2013 ada kena mengena dengan pemilihan pelakon Alicia Vikander yang mana sesuai dengan watak Lara Croft yang menggunakan busur dan anak panah sebagai senjata. Senjata-senjata dalam filem kali ini lebih natural apabila filem ini lebih menjurus kepada sebuah kisah survival, mirip kepada permainan video asalnya. 

IGN telah mengeluarkan sebuah video 1 minit yang menunjukkan perbandingan filem dan juga permainan video. Jom tonton di bawah:

Walaupun hebat dikecam kerana photoshop failure yang dikatakan berlaku di poster filem tersebut, promosi filem Tomb Raider nampaknya berjalan lancar. Tak sabar nak tonton aksi Lara Croft yang memang lasak ni. Tak padan dengan kecil! Kecil-kecil cili api ni.

Catat Ulasan

0 Ulasan